TEKS BAHASA ARAB
الصلاة نور المؤمن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Solat itu adalah cahaya bagi orang beriman.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 251, hadis nombor 1302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الصلاة نور المؤمن)). [أبو سعيد الأشج في ((حديثه))، المخلص في ((الفوائد))، تمام، أبو عروبة الحراني في ((جزئه))، الخطيب في ((المضيح))، ع، هب، ابن نصر في ((الصلاة))، ((الضعيفة)) (1660)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Solat itu adalah cahaya bagi orang beriman.
[Riwayat Abu Sa’id al-Ashajj dalam hadis beliau, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id, Tammam, Abu ‘Arubah al-Harrani dalam Juzu’ beliau, al-Khatib dalam al-Mudih, Abu Ya’la dalam Musnad beliau, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi dan Ibn Nasr dalam al-Solah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1660]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.