Solat pada malam pertama bulan Rejab

TEKS BAHASA ARAB

الصلاة التي تذكر في أول ليلة من رجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Solat pada malam pertama bulan Rejab.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 73, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها: – كما قال ابن تيمية – صلاة الرغائب، وهي بدعة باتفاق أئمة الدين، والحديث المروي فيها كذب بإجماع أهل المعرفة بالحديث. وكذلك الصلاة التي تذكر في أول ليلة من رجب. وفي أول ليلة المعراج. وألفية نصف شعبان.

Dan antaranya, seperti kata Ibnu Taimiyyah, ialah hadis solat raghaib dan ini merupakan bidaah dengan seperti yang dipersetujui oleh para imam. Manakala hadis yang diriwayatkan pula, terdapat pendustaan padanya, dengan kesepakatan ulama hadis. Dan demikian itu juga, hadis berkenaan solat pada malam pertama bulan Rejab. Hadis berkenaan solat pada malam pertama al-Mi’raj. Hadis berkenaan solat alfiyah iaitu solat sebanyak 1000 rakaat pada pertengahan bulan Sya’ban [Nisfu Sya'ban].

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs