Sunnah menjawab salam dengan salam yang lebih baik

TEKS BAHASA ARAB

جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: السلام عليك يا رسول الله! فقال: "وعليك السلام ورحمة الله". ثم جاء آخر فقال: السلام عليك يا رسول الله! ورحمة الله. فقال: "وعليك السلام ورحمة الله وبركاته". ثم جاء آخر فقال: السلام عليك يا رسول الله! ورحمة الله وبركاته. فقال له: "وعليك". فقال له الرجل: يا نبي الله! بأبي أنت وأمي؛ أتاك فلان وفلان، فسلما عليك، فرددت عليهما أكثر مما رددت علي؟! فقال: إنك لم تدع لنا شيئاً، قال الله: {وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها}، فرددناها "عليك".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Salam sejahtera ke atasmu wahai Rasulullah!.” Maka Rasulullah SAW menjawab: ((Ke atas kamu keselamatan dan rahmat Allah.)) Kemudian datang seorang lagi berkata: “Salam sejahtera ke atasmu wahai Rasulullah! dan rahmat Allah (ke atasmu).” Maka Rasulullah SAW menjawab: ((Ke atas kamu keselamatan dan rahmat Allah serta keberkatan daripada-Nya.)) Kemudian datang seorang lagi berkata: “Salam sejahtera ke atasmu wahai Rasulullah! Dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.” Maka Rasulullah SAW pun menjawab: ((Begitu juga ke atas kamu.)) Lelaki tersebut lalu berkata: “Wahai Nabi Allah! Demi ayahku, kamu dan ibuku, dua orang lelaki telah datang kepadamu, lalu mereka mengucapkan salam kepadamu dan kamu menjawabnya kepada kedua orang tersebut melebihi daripada apa yang kamu jawab ke atasku.” Lalu Nabi SAW berkata: ((Sesungguhnya kamu tidak meninggalkan untuk kami sesuatu (iaitu lebihan kebaikan kerana lelaki tersebut telah menyebutkan salam yang lengkap). Firman Allah: {Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).} [al-Nisa’: 86] Maka kami pun menjawab salam kamu dengan doa agar kebaikan yang sama kembali kepadamu)).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1504, hadis nombor 7669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سلمان الفارسي -رضي الله عنه- قال: جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: السلام عليك يا رسول الله! فقال: "وعليك السلام ورحمة الله". ثم جاء آخر فقال: السلام عليك يا رسول الله! ورحمة الله. فقال: "وعليك السلام ورحمة الله وبركاته". ثم جاء آخر فقال: السلام عليك يا رسول الله! ورحمة الله وبركاته. فقال له: "وعليك". فقال له الرجل: يا نبي الله! بأبي أنت وأمي؛ أتاك فلان وفلان، فسلما عليك، فرددت عليهما أكثر مما رددت علي؟! فقال: إنك لم تدع لنا شيئاً، قال الله: {وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها}، فرددناها "عليك". [أحمد في((الزهد))، طب، خط، ابن جرير، (الضعيفة)) (5433)].

(Munkar)
Daripada Salman al-Farisiy RA beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Salam sejahtera ke atasmu wahai Rasulullah!.” Maka Rasulullah SAW menjawab: ((Ke atas kamu keselamatan dan rahmat Allah.)) Kemudian datang seorang lagi berkata: “Salam sejahtera ke atasmu wahai Rasulullah! dan rahmat Allah (ke atasmu).” Maka Rasulullah SAW menjawab: ((Ke atas kamu keselamatan dan rahmat Allah serta keberkatan daripada-Nya.)) Kemudian datang seorang lagi berkata: “Salam sejahtera ke atasmu wahai Rasulullah! Dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.” Maka Rasulullah SAW pun menjawab: ((Begitu juga ke atas kamu.)) Lelaki tersebut lalu berkata: “Wahai Nabi Allah! Demi ayahku, kamu dan ibuku, dua orang lelaki telah datang kepadamu, lalu mereka mengucapkan salam kepadamu dan kamu menjawabnya kepada kedua orang tersebut melebihi daripada apa yang kamu jawab ke atasku.” Lalu Nabi SAW berkata: ((Sesungguhnya kamu tidak meninggalkan untuk kami sesuatu (iaitu lebihan kebaikan kerana lelaki tersebut telah menyebutkan salam yang lengkap). Firman Allah: {Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).} [al-Nisa’: 86] Maka kami pun menjawab salam kamu dengan doa agar kebaikan yang sama kembali kepadamu)).
[Riwayat Ahmad fi al-Zuhd, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Khatib dalam al-Tarikh dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5433].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs