Tempatnya Baitullah (Kaabah) telah lenyap, justeru Nabi Hud dan Nabi Salih tidak pernah mengerjakan haji

TEKS BAHASA ARAB

دثر مكان البيت، فلم يحج هود ولا صالح؛ حتى بوأه الله لإبراهيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tempatnya Baitullah (Kaabah) telah lenyap, justeru Nabi Hud dan Nabi Salih tidak pernah mengerjakan haji. Sehinggalah Allah menempatkannya buat Nabi Ibrahim.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 305, hadis nombor 1613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن عروة عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: ((دثر مكان البيت، فلم يحج هود ولا صالح؛ حتى بوأه الله لإبراهيم)). قال عروة: قلت لعائشة: عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قالت: عن رسول الله. [أبو إسحاق الحربي في ((المناسك))، ((الضعيفة)) (5446)].

(Sangat Lemah) Daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah RA, dia berkata: “Tempatnya Baitullah (Kaabah) telah lenyap, justeru Nabi Hud dan Nabi Salih tidak pernah mengerjakan haji. Sehinggalah Allah menempatkannya buat Nabi Ibrahim.” Kata ‘Urwah: Aku berkata kepada ‘Aishah: “(Kamu dengar ini) daripada Rasulullah ﷺ?” Kata ‘Aishah: “(Ya) daripada Rasulullah.” [Riwayat Abu Ishaq al-Harbi dalam al-Manasik. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5446].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs