Tiada pun seorang lelaki yang mati dan meninggalkan kertas yang digunakan untuk mencatat ilmu

TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل يموت ويترك ورقة من العلم إلا تقوم تلك الورقة سترا بينه وبين النار وإلا بنى الله له بكل حرف في تلك الورقة مكتوب مدينة في الجنة أوسع من الدنيا سبع مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada pun seorang lelaki yang mati dan meninggalkan kertas yang digunakan untuk mencatat ilmu melainkan kertas tersebut akan menjadi penghalang di antara dia dengan neraka dan Allah akan membina baginya satu bandar daripada setiap huruf yang ada pada kertas tersebut yang mana luasnya tujuh kali ganda dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَعَن ابْن سِيرِين عَن أبي هُرَيْرَة رَفعه «مَا مِنْ رَجُلٍ يَمُوتُ وَيَتْرُكُ وَرَقَةً مِنَ الْعِلْمِ إِلا تَقُومُ تِلْكَ الْوَرَقَةُ سِتْرًا بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ وَإِلا بَنَى اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ فِي تِلْكَ الْوَرَقَةِ مَكْتُوبٍ مَدِينَةً فِي الْجَنَّةِ أَوْسَعَ من الدُّنْيَا سبع مَرَّات».

Daripada Ibn Sirin daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu’:
“Tiada pun seorang lelaki yang mati dan meninggalkan kertas yang digunakan untuk mencatat ilmu melainkan kertas tersebut akan menjadi penghalang di antara dia dengan neraka dan Allah akan membina baginya satu bandar daripada setiap huruf yang ada pada kertas tersebut yang mana luasnya tujuh kali ganda dunia.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs