Tidak dianggap sebagai seorang yang bersifat lemah lembut

TEKS BAHASA ARAB

ليس بحليم من لم يعاشر بالمعروف من لابد له من معاشرته حتى جعل الله له من ذلك مخرجا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak dianggap sebagai seorang yang bersifat lemah lembut bagi sesiapa yang tidak bergaul dengan cara baik terhadap orang yang perlu dia bergaul hinggalah Allah jadikan baginya jalan keluar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 68, hadis nombor 382. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ungkapan ini berasal daripada kalam Muhammad bin al-Hanafiyyah. Demikianlah sebagaimana dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dengan lafaz: ليس بحكيم (tidak bijak) ganti kepada perkataan حليم (lemah-lembut) boleh jadi berlaku kesilapan nukilan oleh sebahagian perawi.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs