Tidak dihalalkan bagi seorang muslim itu untuk memboikot saudaranya lebih daripada tiga hari

TEKS BAHASA ARAB

لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام، إلا أن يكون ممن لا يؤمن بوائقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak dihalalkan bagi seorang muslim itu untuk memboikot saudaranya lebih daripada tiga hari, melainkan dia ialah merupakan seorang yang tidak selamat daripada perbuatan jahatnya.

STATUS

Batil dengan tambahan lain

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2028, hadis nombor 10201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بزيادة آخره)
عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاثة أيام، إلا أن يكون ممن لا يؤمن بوائقه.
[عد، ((الضعيفة)) (4119)]

(Batil dengan tambahan lain)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak dihalalkan bagi seorang muslim itu untuk memboikot saudaranya lebih daripada tiga hari, melainkan dia ialah merupakan seorang yang tidak selamat daripada perbuatan jahatnya.
[Riwayat al-Kamil dalam al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4119]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs