Tidakkah kamu solat Asar?

TEKS BAHASA ARAB

كان رأس رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجر علي، وهو يوحى إليه، فلما سري عنه، قال: أما صليت العصر؟ قال: لا، قال اللهم إنك تعلم أنه كان في طاعتك وطاعة رسولك، فرد عليه الشمس، فردها عليه، فصلى وغابت الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dahulu kepala Rasulullah SAW dalam pangkuan Ali ketika baginda sedang diberi wahyu. Ketika selesai daripadanya baginda berkata: Tidakkah kamu solat Asar? Kata Ali: Tidak. Baginda bersabda: Ya Allah! Sesungguhnya kamu tahu bahawa dia sentiasa dalam mentaati-Mu dan mentaati utusan-Mu, maka kembalikanlah matahari ke atasnya, lalu Allah kembalikannya ke atasnya lalu dia solat dan matahari pun terbenam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 265, hadis nombor 471. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وأما ما أخرجه الدولابي عن الحسين بن علي قال: كان رأس رسول الله صلى الله عليه وسلم في حجر علي، وهو يوحى إليه، فلما سري عنه، قال: أما صليت العصر؟ قال: لا، قال اللهم إنك تعلم أنه كان في طاعتك وطاعة رسولك، فرد عليه الشمس، فردها عليه، فصلى وغابت الشمس. فقد قال العلماء إنه حديث موضوع. ولم ترد الشمس لأحد، وإنما حبست ليوشع بن نون. كذا في الرياض النضرة في مناقب العشرة، إلا إنه ذكر في الشفا، من رواية الطحاوي. وبينا في شرحه على طريق الاستيفاء.

Dan manakala apa yang dikeluarkan oleh al-Dawlabi dari al-Husain bin Ali, dia berkata: Dahulu kepala Rasulullah SAW dalam pangkuan Ali ketika baginda sedang diberi wahyu. Ketika selesai daripadanya baginda berkata: Tidakkah kamu solat Asar? Kata Ali: Tidak. Baginda bersabda: Ya Allah! Sesungguhnya kamu tahu bahawa dia sentiasa dalam mentaati-Mu dan mentaati utusan-Mu, maka kembalikanlah matahari ke atasnya, lalu Allah kembalikannya ke atasnya lalu dia solat dan matahari pun terbenam. Para ulama telah mengatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Dan Matahari tidak pernah dikembalikan untuk sesiapa akan tetapi pernah ditahan untuk Yusha’ bin Nun. Beginilah dalam kitab al-Riyadh al-Nadhirah fi Manaqib al-‘Asharah melainkan ia disebutkan dalam kitab al-Shifa riwayat daripada al-Tahawi dan kami jelaskan dalam syarahnya secara mencukupi.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs