Tiga perkara sesiapa yang ada padanya perkara ini nescaya sempurna imannya

TEKS BAHASA ARAB

ثلاثة من كن فيه يستكمل إيمانه: رجل لا يخاف في الله لومة لائم، ولايرائي بشيء من عمله، وإذا عرض عليه أمران أحدهما للدنيا، والآخر للآخرة؛ آثر أمر الآخرة على الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiga perkara sesiapa yang ada padanya perkara ini nescaya sempurna imannya: Seorang lelaki yang tidak takut dicerca oleh pencerca kerana Allah, tidak riyak dengan apa-apa amalannya dan apabila ditunjukkan dua urusan yang salah satunya untuk dunia dan salah satu lagi adalah untuk akhirat, lalu dia mengutamakan urusan akhirat berbanding dunia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 470, hadis nombor 2523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «ثلاثة من كن فيه يستكمل إيمانه: رجل لا يخاف في الله لومة لائم، ولا يرائي بشيء من علمه، وإذا عرض عليه أمران أحدهما للدنيا، والآخر للآخرة؛ آثر أمر الآخرة على الدنيا». [أبو بكر النيسابوري في «الفوائد»، فر، ابن عساكر، «الضعيفة» (3445)].

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Tiga perkara sesiapa yang ada padanya perkara ini nescaya sempurna imannya: Seorang lelaki yang tidak takut dicerca oleh pencerca kerana Allah, tidak riyak dengan apa-apa amalannya dan apabila ditunjukkan dua urusan yang salah satunya untuk dunia dan salah satu lagi adalah untuk akhirat, lalu dia mengutamakan urusan akhirat berbanding dunia". [Riwayat Abū Bakr al-Naysabūrī dalam al-Fawā’id, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3445].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs