Tutuplah kesemua pintu melainkan pintu Ali

TEKS BAHASA ARAB

سدوا الأبواب إلا باب علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tutuplah kesemua pintu melainkan pintu Ali.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«سُدُّوا الأَبْوَابَ إِلا بَابَ عَلِيٍّ» أوردهُ من حَدِيث سعد وَعمر وَزيد ابْن أَرقم وَابْن عَبَّاس وَأعله بمخالفة الحَدِيث الْمُتَّفق على صِحَّته إِلَّا بَاب أبي بكر وَأَنه من وضع الرافضة، وَفِي أسانيده كَذَّاب أَو مَجْهُول أَو لَا شَيْء أَو مُنكر قلت قَالَ ابْن حجر هَذَا أَقْدَام على رد الْأَحَادِيث الصَّحِيحَة بِمُجَرَّد التَّوَهُّم، وَفِي اللآلئ هُوَ حَدِيث مَشْهُور لَهُ طرق مُتعَدِّدَة كل طَرِيق لَا يقصر عَن رُتْبَة الْحسن وبمجموعها يقطع بِصِحَّتِهِ، وَفِي الْوَجِيز وَقد جمع الطَّحَاوِيّ بَينه وَبَين حَدِيث الصَّحِيحَيْنِ بِأَن قصَّة عَليّ فِي الْأَبْوَاب الشارعة وَكَانَ إِذن لَهُ بالمرور فِي الْمَسْجِد جنبا وقصة أبي بكر فِي مرض الْوَفَاة فِي سد طَاقَة كَانُوا يستقربون الدُّخُول مِنْهَا وَمن طعن فيهم أما متابع أَو وَثَّقَهُ آخَرُونَ ولبعضها طَرِيق آخر صَحِيح وَصحح الْحَاكِم حَدِيث سعد وَأخرجه غير وَاحِد.

“Tutuplah kesemua pintu melainkan pintu Ali.”
Ia diriwayatkan daripada Hadith Sa’ad, Umar, Zaid Bin Arqam dan Ibn ‘Abbas. Ia dinilai sebagai cacat kerana bercanggah dengan hadith yang disepakati akan kesahihannya melainkan berkenaan pintu Abu Bakar. Hadith ini adalah rekaan syiah Rafidhah. Dalam sanad-sanadnya terdapat pendusta, perawi yang majhul dan perawi yang munkar. Ibn Hajar berkata: Aqdam menolak hadith-hadith yang sahih hanya semata-mata kerana ada keraguan yang tiada asas. Dalam kitab al-La’ali menyebut bahawa ia adalah hadith yang masyhur. Ia mempunyai jalur periwayatan yang pelbagai yang mana setiap jalur tersebut tiada yang rendah dari darjat hassan dan kesemua jalur tersebut apabila dikumpulkan boleh dikatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Dalam kitab al-Wajiz menyebut bahawa al-Tahawi telah menggabungkan di antara hadith ini dengan hadith al-Sahihain bahawa kisah Ali adalah berkenaan pintu-pintu di jalanan. Beliau mempunyai keizinan untuk melintasi melepasi masjid dalam keadaan berjunub dan kisah Abu Bakar adalah berkenaan sakit yang menyebabkan kewafatan beliau. Ia berkenaan menutup pintu keramaian kerana orang ramai hampir kesemuanya mahu masuk menemui beliau. Perawi yang dikrtitik sama ada berperanan sebagai mutabi’ (sokongan) ataupun dinilai thiqah oleh ulama lain. Sebahagian riwayatnya mempunyai jalur lain yang sahih. al-Hakim menilai hadith Sa’ad sebagai hadith sahih dan bukan seorang yang meriwayatkannya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs