Wahai Allah, turunkan azab kepada al-Walid

TEKS BAHASA ARAB

اللهم! عليك الوليد، أثم بي، مرتين أو ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, turunkan azab kepada al-Walid. Beliau telah menderhaka kepada aku. Baginda berdoa sebanyak dua atau tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1923 hadis nombor 9653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن علي رضي الله عنه : أن امرأة الوليد بن عقبة أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت يا رسول الله! إن الوليد يضربها، قال: قولي له: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أجارني. قال علي: فلم تلبث إلا يسيرا حتى رجعت فقالت: ما زادني إلا ضربا! فأخذ هدبة من ثوبه فدفعها إليها وقال: قولي له: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قد أجارني. فلم تلبث إلا يسيرا حتى رجعت فقالت: ما زادني إلا ضربا! فرفع رسول الله صلى الله عليه وسلم يديه وقال: اللهم! عليك الوليد، أثم بي، مرتين أو ثلاثا.
[عم، البزار، ع، المحاملي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (6312)]

(Lemah)
Daripada Ali bin Abu Talib RA bahawa isteri al-Walid bin Uqbah datang kepada Nabi SAW. Beliau berkata: Wahai, sesungguhnya al-Walid memukulnya. Baginda bersabda: Katakan kepada Walid bahawa Rasulullah telah melindunginya. Ali berkata: Tidak lama beberapa hari kemudian beliau datang semula dan berkata: Dia tidak menambah padaku melainkan pukulan. Baginda mengambil cebisan bajunya dan memberikan cebisan tersebut kepadanya. Baginda bersabda: Katakan kepadanya sesungguhnya Rasulullah SAW telah melindungi aku. Tidak lama kemudian beliau kembali dan berkata: Beliau tidak menambah melainkan pukulan. Lalu Rasulullah SAW mengangkat tangan Baginda dan berdoa: Wahai Allah, turunkan azab kepada al-Walid. Beliau telah menderhaka kepada aku. Baginda berdoa sebanyak dua atau tiga kali.
[Riwayat Abd Allah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, Abi Ya’la, Mahamili dalam al-’Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6312]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs