TEKS BAHASA ARAB
يا فاطمة! قومي إلى أضحيتك فاشهديها؛ فإنه يغفر لك عند أول قطرة من دمها كل ذنب عملتيه، وقولي: {إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين}. قال عمران بن حصين: قلت: يا رسول الله! هذا لك ولأهل بيتك خاصة وأهل ذاك أنتم – أم للمسلمين عامة؟ قال: لا، بل للمسلمين عامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Fatimah! Bangunlah menuju kepada haiwan korbanmu lalu saksikanlah ia. Kerana sesungguhnya diampunkan buatmu semua dosa yang pernah kamu lakukan ketika titisan pertama darahnya. Serta bacakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)". Imran bin Husayn berkata: Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah ini khas untukmu dan ahli keluargamu, dan kamu adalah ahlinya, atau untuk orang-orang Islam seluruhnya?" Baginda menjawab: "Tidak! Bahkan untuk orang-orang Islam seluruhnya".
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 390, hadis nombor 2078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عمران بن حصين – رضي الله عنه – مرفوعا: «يَا فَاطِمَةُ! قُومِي إِلَى أُضْحِيَّتِكِ فَاشْهَدِيهَا؛ فَإِنَّه يُغْفَرُ لَكِ عِنْدَ أَوَّلِ قَطْرَةٍ مِنْ دَمِهَا كُلُّ ذَنْبٍ عَمِلْتِيه، وَقُولِي: {إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ}. قَالَ عِمْرَانُ بْنُ حُصَينٍ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ! هَذَا لَكَ وَلِأَهْلِ بَيْتِكَ خَاصَّةً وَأَهْلُ ذَاكَ أَنْتُم – أَمْ لِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً؟ قَالَ: لَا، بَلْ لِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً». [ك، «الضعيفة» (528)].
(Munkar) Daripada Imran bin Husayn RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Wahai Fatimah! Bangunlah menuju kepada haiwan korbanmu lalu saksikanlah ia. Kerana sesungguhnya diampunkan buatmu semua dosa yang pernah kamu lakukan ketika titisan pertama darahnya. Serta bacakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)". Imran bin Husayn berkata: Aku berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah ini khas untukmu dan ahli keluargamu, dan kamu adalah ahlinya, atau untuk orang-orang Islam seluruhnya?" Baginda menjawab: "Tidak! Bahkan untuk orang-orang Islam seluruhnya". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 528].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.