Wahai kaum wanita! Apabila kalian mendengar laungan azan dan iqamat dari orang Habsyi ini, maka ucapkanlah sepertimana yang dia ucapkan

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر النساء! إذا سمعتن أذان هذا الحبشي وإقامته؛ فقلن كما يقول فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة. فقال عمر: هذا للنساء؛ فما للرجال؟ قال: ضعفان يا عمر!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Wahai kaum wanita! Apabila kalian mendengar laungan azan dan iqamat dari orang Habsyi ini, maka ucapkanlah sepertimana yang dia ucapkan. Kerana sesungguhnya untuk kalian bagi setiap huruf ribuan darjat". Lalu Umar RA berkata: "Ini adalah untuk kaum wanita, maka apa pula untuk kaum lelaki?" Baginda bersabda: "Dua kali ganda, wahai Umar!".

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 344, hadis nombor 1803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدًا) عَنْ مَيْمُونَةَ -رضي الله عنها-: أَنّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَامَ بَيْنَ صَفِّ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ فَقَالَ: «يا معشر النساء! إذا سمعتن أذان هذا الحبشي وإقامته؛ فقلن كما يقول فإن لكن بكل حرف ألف ألف درجة. فقال عمر: هذا للنساء؛ فما للرجال؟ قال: ضعفان يا عمر!». ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النِّسَاءِ، فَقَالَ: «إِنَّهُ لَيْسَ مِنِ امْرَأَةٍ أَطَاعَتْ وَأَدَّتْ حَقَّ زَوْجِهَا، وَتَذْكُرُ حُسْنَهُ، وَلا تَخُونَهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ؛ إِلا كَانَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الشُّهَدَاءِ دَرَجَةً وَاحِدَةً فِي الْجَنَّةِ، فَإِنْ كَانَ زَوْجُهَا مُؤْمِنًا حسن الْخُلُقِ؛ فَهِيَ زَوْجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ، وَإِلا؛ زَوَّجَهَا اللَّهُ مِنَ الشُّهَدَاءِ». [طب، «الضعيفة» (6009)].

(Sangat Munkar) Daripada Maymunah RA bahawa Rasulullah ﷺ berdiri di antara saf lelaki dan wanita lalu baginda bersabda: "Wahai kaum wanita! Apabila kalian mendengar laungan azan dan iqamat dari orang Habsyi ini, maka ucapkanlah sepertimana yang dia ucapkan. Kerana sesungguhnya untuk kalian bagi setiap huruf ribuan darjat". Lalu Umar RA berkata: "Ini adalah untuk kaum wanita, maka apa pula untuk kaum lelaki?" Baginda bersabda: "Dua kali ganda, wahai Umar!". Kemudian baginda menghadap ke arah kaum wanita lalu bersabda: "Sesungguhnya tidak ada dalam kalangan wanita yang taat dan menunaikan hak suaminya serta menyebut kebaikan suaminya, tidak menganiaya suaminya pada dirinya sendiri mahupun harta suaminya, melainkan di antara dia dengan para syuhada hanyalah satu darjat di dalam syurga. Jika suaminya ialah seorang mukmin yang baik akhlaknya, maka dia akan menjadi isterinya di dalam syurga. Jika tidak, maka Allah akan mengahwinkannya dengan lelaki dalam kalangan para syuhada". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6009].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs