TEKS BAHASA ARAB
اللهم! إني أعوذ بك من فتنة النساء، وأعوذ بك من عذاب القبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada ujian fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.
STATUS
Shadz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 564, hadis nombor 2928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن سعد – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «اللَّهُمَّ! إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النِّسَاءِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ». [الخرائطي في ((اعتلال القلوب))، ((الضعيفة)) (7050)].
(Sḥādz) Daripada Sa‘d RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada ujian fitnah wanita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur.” [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam I‘tilāl al-Qulūb. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7050].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.