Yang dimaksudkan itu bukanlah banyak atau sedikitnya hujan

TEKS BAHASA ARAB

وما ذلك بكثرة الأمطار وقلتها ولكن بذهاب العلماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yang dimaksudkan (satu zaman yang lebih buruk daripada sebelumnya) itu bukanlah banyak atau sedikitnya hujan akan tetapi (yang dimaksudkan) ialah kematian para ulama.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي لفظ «وَمَا ذَلِكَ بِكَثْرَةِ الأَمْطَارِ وَقِلَّتِهَا وَلَكِن بذهاب الْعلمَاء» وبمثله فسر ابْن عَبَّاس.

Dalam lafaz yang lain menyebut:
“Yang dimaksudkan (satu zaman yang lebih buruk daripada sebelumnya) itu bukanlah banyak atau sedikitnya hujan akan tetapi (yang dimaksudkan) ialah kematian para ulama.”
Ini yang ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbas.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.