Barang siapa yang mengucapkan (pada) setiap bersin yang dia dengari: "Segala Puji Tuhan Sekalian Alam

TEKS BAHASA ARAB

من قال عند [كل] عطسة يسمعها: الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان؛ لم يجد وجع الضرس ولا الأذن أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang mengucapkan (pada) setiap bersin yang dia dengari: "Segala Puji Tuhan Sekalian Alam dalam setiap keadaan walau apapun ia", nescaya dia tidak akan ditimpa sakit gigi dan sakit telinga buat selama-lamanya.

STATUS

Mauquf Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis nombor 6008. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف ضعيف) عن علي – رضي الله عنه -، قال: ((من قال عند [كل] عطسة يسمعها: الحمد لله رب العالمين على كل حال ما كان؛ لم يجد وجع الضرس ولا الأذن أبدا)). [ش، خد، ك، ((الضعيفة)) (6138)]

(Mauquf Lemah) Daripada ‘Ali RA telah berkata: Barang siapa yang mengucapkan (pada) setiap bersin yang dia dengari: "Segala Puji Tuhan Sekalian Alam dalam setiap keadaan walau apapun ia", nescaya dia tidak akan ditimpa sakit gigi dan sakit telinga buat selama-lamanya. [Riwayat Abi Syaibah dalam Musannafnya, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6138]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs