Hendaklah kalian berhati-hati (dengan penyakit kusta) sebagaimana kalian berhati-hati dengan binatang buas

TEKS BAHASA ARAB

اتقوه كما يتقى السبع؛ إذا هبط واديا فاهبطوا غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian berhati-hati (dengan penyakit kusta) sebagaimana kalian berhati-hati dengan binatang buas. Jika ia (penyakit) turun ke sesuatu lembah, maka kalian turunlah ke lembah yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1172, hadis nombor 5927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمود بن لبيد، قال: أمّرني يحيى بن الحكم على (جرش)، فقدمتها، فحدثوني أن عبدالله بن جعفر حدثهم أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال لصاحب هذا الوجع الجذام: ((اتقوه كما يتقى السبع؛ إذا هبط واديا فاهبطوا غيره)). فقلت لهم: والله لئن كان ابن جعفر حدثكم هذا ما كذبكم، فلما عزلني عن (جرش)، قدمت المدينة، فلقيت عبد الله بن جعفر، فقلت: يا أبا جعفر، ما حديث حدثني به عنك أهل (جرش) [ثم حدثته الحديث]؟ قال: فقال: كذبوا والله، ما حدثتهم هذا، ولقد رأيت عمر بن الخطاب يؤتي بالإناء فيه الماء، فيعطيه معيقبا، وكان رجلا قد أسرع فيه ذلك الوجع، فيشرب منه، ثم يتناوله عمر من يده، فيضع فمه موضع فمه، حتى يشرب منه، فعرفت [أنه] إنما يصنع عمر ذلك فرارا من أن يدخله شيء من العدوى. [ابن سعد، ابن عبد البر في ((التمهيد))، ((الضعيفة)) (2088)]

(Lemah) Daripada Mahmud bin Labid, telah berkata: Yahya bin Al-Hakam telah menjadikan aku ketua ke atas Jurash, maka aku pun memunculkan diri, lalu mereka memberitahuku bahwa Abdullah bin Ja’afar memberitahu mereka bahawasanya Rasulullah SAW berkata kepada orang yang menghidapi penyakit kusta: “Hendaklah kalian berhati-hati (dengan penyakit kusta) sebagaimana kalian berhati-hati dengan binatang buas. Jika ia (penyakit) turun ke sesuatu lembah, maka kalian turunlah ke lembah yang lain”. Maka aku berkata kepada mereka: “Demi Allah, jika Ibnu Ja’afar yang menceritakan kepada kamu tentang ini, dia tidak menipu kamu. Setelah aku dipecat (dari jawatan) di Jurash, aku pun pergi ke Madinah datang berjumpa Abdullah bin Ja’afar, aku bertanya: "Wahai Abu Ja’afar, apakah sebuah hadis daripadamu yang penduduk Jurash menceritakan kepadaku? [kemudian aku menceritakan hadis tersebut]? Dia berkata: "Mereka telah menipu, demi Allah. aku tidak memberitahu mereka tentang itu. Sesungguhnya aku telah melihat Umar bin al-Khattab dihidangkan dengan sebuah bekas berisi air, lalu beliau memberikannya kepada Mu’aiqib, dia merupakan lelaki yang telah terkena penyakit itu, dan dia pun minum daripada (bekas) itu, kemudian Umar mengambil (bekas itu) dari tangannya, lalu beliau meletakkan mulutnya di tempat (bekas) mulut orang (sakit) itu, sehingga dia meminumnya. Maka aku tahu sesungguhnya Umar melakukan hal sedemikian untuk lari (elakkan dirinya) daripada sesuatu (sangkaan) jangkitan penyakit.” [Riwayat Ibnu Sa’d, Riwayat Ibn Abd al-Bar dalam ((al-Tamhid)). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2088]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs