Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah daripada perkara maksiat

TEKS BAHASA ARAB

كان يتمثل بهذا البيت: كفى بالإسلام والشيب للمرء ناهيا فقال أبو بكر: يا نبي الله إنما قال الشاعر: كفى الشيب والإسلام للمرء ناهيا فقال أبو بكر أو عمر: أشهد أنك رسول الله؛ لقول الله – تعالى -: {وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لهُ}[يس: 69]

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pernah baginda menyebutkan perumpamaan: ‘Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat)’, mendengarkan itu Abu Bakar RA berkata: ‘Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya telah berkata penyair: Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat).’ Lalu Abu Bakar atau Umar berkata: "Aku bersaksi sesungguhnya kamu Rasulullah bersabda sebagaimana Allah SWT berfirman: ‘Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah pantas baginya.’" [Yaasin: 69].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis nombor 2525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن مرفوعا: ((كان يتمثل بهذا البيت: كفى بالإسلام والشيب للمرء ناهيا فقال أبو بكر: يا نبي الله إنما قال الشاعر: كفى الشيب والإسلام للمرء ناهيا فقال أبو بكر أو عمر: أشهد أنك رسول الله؛ لقول الله – تعالى -: {وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لهُ}[يس: 69])). [ابن سعد، الثعلبي في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (3085)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan al-Basri secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pernah baginda menyebutkan perumpamaan: ‘Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat)’, mendengarkan itu Abu Bakar RA berkata: ‘Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya telah berkata penyair: Cukup bagi seseorang itu agama Islam dan uban sebagai penegah (daripada perkara maksiat).’ Lalu Abu Bakar atau Umar berkata: "Aku bersaksi sesungguhnya kamu Rasulullah bersabda sebagaimana Allah SWT berfirman: ‘Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah pantas baginya.’" [Yaasin: 69].
[Riwayat Ibnu Saad, al-Tha'labi dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3085]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs