Hendaklah kamu berputus asa dari apa yang berada di tangan-tangan manusia

TEKS BAHASA ARAB

عليك بالإياس مما في أيدي الناس، وإياك والطمع ؛ فإنه الفقر الحاضر، وصل صلاتك وأنت مودع، وإياك وما تعتذر منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu berputus asa dari apa yang berada di tangan-tangan manusia. Jauhilah kamu sikap tamak, kerana ia merupakan kefakiran pada masa depan. Dan solatlah kamu dengan solat orang yang akan pergi meninggalkan dunia ini, dan jauhilah perkara (yang akan menyebabkan kamu) perlu meminta kemaafan disebabkannya.

STATUS

Lemah secara keseluruhan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 70, hadis nombor 327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه)
عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه- قال: جاء رجل إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله! أوصني وأوجز، فقال له النبي – صلى الله عليه وسلم – ((‌عليك ‌بالإياس ‌مما ‌في ‌أيدي ‌الناس، ‌وإياك ‌والطمع؛ ‌فإنه ‌الفقر ‌الحاضر، ‌وصل ‌صلاتك ‌وأنت ‌مودع، ‌وإياك ‌وما ‌تعتذر ‌منه)).
[الروياني، ك، البيهقي في "الزهد الكبير"، الضياء في "الحكايات المنثورة"، ((الضعيفة)) (‌‌3881)]

(Lemah secara keseluruhan)
Daripada Sa‘d ibn Abi Waqqāṣ RA berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, berilah pesanan kepadaku dan ringkaskanlah ia. Maka Nabi SAW bersabda: “Hendaklah kamu berputus asa dari apa yang berada di tangan-tangan manusia. Jauhilah kamu sikap tamak, kerana ia merupakan kefakiran pada masa depan. Dan solatlah kamu dengan solat orang yang akan pergi meninggalkan dunia ini, dan jauhilah perkara (yang akan menyebabkan kamu) perlu meminta kemaafan disebabkannya.”
[Riwayat al-Rūyānī dalam Musnadnya, Al-Ḥākim, al-Bayhaqī dalam al-Zuhd al-Kabīr, al-Ḍiyā’ dalam al-Khāmis min al-Ḥikāyat al-Manthūrah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3881).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs