Hiasilah dua hari raya dengan tahlil, taqdis, tahmid dan takbir

TEKS BAHASA ARAB

زينوا العيدين بالتهليل، والتقديس، والتحميد، والتكبير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hiasilah dua hari raya dengan tahlil, taqdis, tahmid dan takbir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1464, hadis nombor 7451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((زينوا العيدين بالتهليل، والتقديس، والتحميد، والتكبير)). [حل، الشحامي في ((تحفة العيد))، النرسي في ((حديث أبي محمد ابن معروف))، ((الضعيفة)) (3672)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hiasilah dua hari raya dengan tahlil, taqdis, tahmid dan takbir.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, al-Shahami dalam Tuhfah al-'Id, al-Nursi dalam Hadis Abi Muhammad Ibn Ma'ruf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3672]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs