Tidak mengapa jika terkena air kencing keldai

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "لا بَأْسَ بِبَوْلِ الْحِمَارِ وَكُلِّ مَا أُكِلَ لَحْمُهُ".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Tidak mengapa jika terkena air kencing keldai, dan setiap (haiwan) yang boleh dimakan dagingnya”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 6, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب في تأريخه عن علي رضي الله عنه مرفوعا. وفي إسناده مجهولان، وهو موضوع، والمتهم بوضعه إسحاق بن محمد بن أبان النخعي.

Al-Khatib meriwayatkan di dalam kitab Tarikhnya daripada Ali RA secara marfu’(yang disandarkan kepada Nabi). Pada sanadnya terdapat dua orang majhul (tidak dikenali), hadith ini palsu kerana perawi bernama Ishak bin Muhammad bin Aban al-Nakha’ie dituduh sebagai pemalsu hadith.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs