TEKS BAHASA ARAB
نعم لهو المؤمن الرمي، ومن تعلم الرمي ثم تركه فقد عصاني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sebaik-baik hiburan bagi orang beriman adalah memanah. Barang siapa yang mempelajari memanah kemudian meninggalkannya, maka ia telah menderhakaiku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1035, hadis nombor 5305. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما-، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((نعم لهو المؤمن الرمي، ومن تعلم الرمي ثم تركه فقد عصاني)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6837)].
(Munkar)
Daripada Ibn Umar RA (beliau) berkata: bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik hiburan bagi orang beriman adalah memanah. Barang siapa yang mempelajari memanah kemudian meninggalkannya, maka ia telah menderhakaiku.
[Riwayat Abu Nu'aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6837].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.